Agama

Pemangku Raja Perlis titah agar semua bersyukur keberuntungan menjadi umat Nabi Muhammad

Al-Quran merupakan mukjizat yang agung serta merupakan kemuliaan daripada Allah Subhanahu Wa Taala. Hanya hambaNya yang terpilih sahaja akan beroleh hidayah dengan menuruti ajaran al-Quran. Oleh itu, kita hendaklah bersyukur kerana direzekikan keberuntungan menjadi umat Nabi Muhammad SAW, rasul yang mengajarkan al-Quran.

Dalam rangka untuk membudayakan penghayatan Al-Quran dalam kalangan rakyat negeri ini, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta agensi-agensi bersama dengannya telah meluaskan pelaksanaan program bacaan Al-Quran dan Terjemahannya pada setiap pagi di banyak masjid-masjid di seluruh Perlis.

Demikian menurut kenyataan MAIPs, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan Sumbangan Agihan Zakat MAIPs di Masjid As-Sakinah, Padang Melangit dekat Kangar baru-baru ini.

Hadir mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Di majlis tersebut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis menyumbang wang tunai sebanyak RM700 kepada setiap asnaf yang terpilih dengan tujuan bagi meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik ini.

Asnaf yang terpilih pada kali ini melibatkan 70 orang penerima daripada kariah Padang Melangit dan 70 orang lagi penerima daripada kariah Kampung Belukar dengan jumlah penuh daripada MAIPs sebanyak RM98,000 pada kali ini.

Para penerima sebelum itu berpeluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dilaksanakan oleh para pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan juga mendengar ceramah daripada pihak MAIPs yang bertajuk ‘Bangun Jiwa Asnaf’.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button