Pendidikan

Pemangku Raja Perlis diberi sambutan permaidani merah di IUM Namibia

KANGAR 16 Ogos – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipersembahkan sambutan permaidani merah ketika berangkat ke International University of Management (IUM) Namibia di Windhoek baru-baru ini.

Selepas menyaksikan pemeteraian Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama MoU antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan IUM, Tuanku Syed Faizuddin Putra diberi penghormatan menanam pokok kurma sebagai simbolik kenangan serta silatulrahim dan seterusnya menyampaikan titah DiRaja di dewan utama universiti berkenaan.

Demikuan menurut kenyataan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program Safar Ilmi MAIPs ke negara tersebut..

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi sama oleh anakanda yang juga waris yang kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail disambut oleh Pengasas IUM, Prof Dr David Richard Namwandi,
Naib Canselor, Prof Dr Osmund Damian Mwandemele serta pegawai-pegawai kanan IUM.

Turut serta ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya barsama-sama Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan sukacitanya menyatakan bahawa perbincangan yang membuahkan hasil antara UniMAP dan IUM ini membolehkan kedua-dua universiti bekerja lebih rapat ke arah matlamat yang sama, iaitu untuk meneruskan pengantarabangsaan dalam sektor pengajian tinggi.

Prof. David R. Namwandi sesungguhnya melalui usaha keras Datuk Dr Rameez telah memberikan kami platform untuk menjalinkan kerjasama antara UniMAP dan IUM yang akan memberi manfaat kepada dua universiti ini dalam masa yang terdekat.

Bagi UniMAP, inisiatif yang tidak ternilai ini akan dapat memenuhi matlamat Universiti untuk menyediakan pendidikan berterusan kepada profesional yang bekerja, serta kepada pelajar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 4 mengenai ‘ Pendidikan Berkualiti’, serta SDG 17 tentang ‘Partnership for the Goals’.

Tuanku Pemangku Raja juga berharap kedua-dua pihak, UniMAP dan IUM akan dapat meneruskan projek penyelidikan berimpak tinggi yang canggih dan penting, dalam bidang yang akan memberi manfaat kepada industri dan masyarakat kedua-dua negara yang terlibat.

Baginda juga yakin melalui usaha dan komitmen kami, kami mampu mewujudkan hubungan dan persahabatan yang lebih baik antara rakyat Malaysia dan Namibia.

Tegas Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, “Sesuatu Kerjasama atau MoU hanya akan kekal di dalam kertas atau almari sahaja jika tidak dilaksanakan susulan bagi merealisasikannya.”

Untuk rekod, IUM ditubuhkan pada 1994 oleh Tokoh Pejuang Kemerdekaan Namibia, Prof. David Richard Namwandi yang mempunyai pelajar pada ketika ini seramai lebih 19,000 orang dari seluruh Namibia dan negara-negara Afrika yang lain.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button