JenayahKemalanganNasional

Pemandu treler, kelindan maut di KM43.4 Lebuhraya KL-Karak

PEMANDU dan kelindan lori treler membawa muatan bongkah batu, maut selepas kenderaan berat itu terbabas dan terbalik di Kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengangkuan Trafik Pahang, Supt. Kamarulzaman Jusoh berkata, dalam kejadian pukul 9 malam tadi, kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam treler berkenaan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh badan.

Mangsa, katanya, dikenal pasti sebagai Izani Hasri Azmi, 44, berasal dari Marang, Terengganu yang memandu lori treler itu manakala kelindan, Yusoff Mat Zain, 63, berasal dari Kuantan, Pahang.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas treler yang dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke Bentong, hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa meminta bantuan pasukan bomba bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button