Nasional

Pemandu mabuk umpama seorang pembunuh

PEMANDU yang mabuk dan menyebabkan kematian akibat kemalangan perlu diberi hukuman sama seperti seorang pembunuh.

Hal demikian dilihat perlu kerana pemandu menyedari risiko apabila memandu dalam keadaan mabuk sehingga boleh menyebabkan kematian akibat kemalangan.

BACA > Bon berkelakuan baik Rafizi berakhir semalam — Suara Merdeka

Perkara itu turut dibangkitkan peguam, Ahmad Fakhri Abu Samah yang menjelaskan, dalam pencegahan kes kematian akibat pemandu mabuk wajar jadi kesalahan jenayah.

Justeru menurut beliau, wajar dimasukkan elemen jenayah bagi kesalahan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 433) bertujuan memberi amaran kepada sesiapa yang mahu memandu dalam keadaan mabuk.

“Seksyen 303 memperuntukkan hukuman bagi orang yang membunuh dengan atau tanpa niat.

AHMAD FAKHRI ABU SAMAH

“Justeru adalah penting jika elemen jenayah dimasukkan ke dalam Akta 433 kerana kesan daripada kelakuan pemandu mabuk wajar dikira sebagai jenayah,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung penggubalan akta tersebut.

BACA > Singapura bina lebih banyak asrama pekerja asing, elak kepadatan — Suara Merdeka
BACA > SOP benarkan penggambaran drama, filem perlu pencerahan — Suara Merdeka

Tambah beliau, sekiranya elemen kanun keseksaan dimasukkan dalam akta tersebut tertuduh juga tidak dibenarkan ikat jamin.

Perkara itu turut disokong peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa hukuman sedia ada terlalu ringan dan tidak lagi relevan.

“Memandu dalam keadaan mabuk adalah kecuaian sendiri. Diri sendiri yang memilih untuk memandu walaupun berada dalam keadaan mabuk.

MOHD. KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

“Apabila disabitkan sebagai kesalahan jenayah maka, tertuduh tidak boleh diikat jamin maka dia ditahan dan tidak boleh memandu.

“Bagaimanapun, dengan undang-undang sekarang, tertuduh boleh ditawarkan ikat jamin kerana kesalahannya bukanlah suatu jenayah,” jelasnya.

Insiden kematian akibat kemalangan yang berpunca daripada pemandu mabuk semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini turut menyebabkan anggota polis terkorban ketika operasi.

BACA > Tiada berita palsu COVID-19 sejak seminggu lalu – Ismail Sabri — Suara Merdeka
BACA > ‘Langkah Rawang’ tiada ‘next movement’ — Suara Merdeka

Bahkan, mereka seperti tidak takut dengan undang-undang sedia ada dengan mengambil sikap mementingkan diri sendiri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button