Bola Sepak

Pemain Spurs sah bebas Covid-19

MENJELANG pertemuan antara Tottenham Hotspur dan Manchester United pada Sabtu ini, ada sesuatu yang membuat peminat Spurs.

Hal itu berkaitan dengan penularan Covid-19 yang didakwa melibarkan para pemain Spurs.

Semuanya bermula selepas perlawanan persahabatan antara Spurs menentang Norwich City pada Jumaat lalu.

Pada keesokan harinya, Liga Premier Inggeris (EPL) mengeluarkan kenyataan berkaitan 1,200 individu melibatkan pemain dan pengurusan pasukan yang telah melakukan ujian saringan Covid-19.

Hasil ujian itu mendapati dua individu disahkan positif dan seorang daripadanya ialah pemain pasukan Norwich City.

Pengumuman tersebut nyata memberikan rasa risau kepada peminat Spurs apatah lagi menjelang perlawanan penting menentang MU.

Bagaimanapun, pengurusan Spurs dalam kenyataan berkata bahawa semua pemain dan ahli pengurusan pasukan itu bebas virus tersebut.

“Tidak ada kontak rapat di antara pemain Norwich City yang didapati positif itu.

“Malah, kita sudah melakukan ujian saringan dan mendapati semua pemain dah pengurusan bebas Covid-19,” katanya seperti dilaporkan BBC.

“Mengacu definisi pemerintah Inggris, ‘kontak dekat’ diartikan dengan berada dalam jarak kurang dari 2 meter dengan seseorang yang positif COVID-19 selama minimal 15 menit,” jelas perwakilan Spurs kepada BBC.

Peminat Spurs menyatakan rasa lega kerana perlawanan bersama MU memerlukan pasukan mereka menurunkam kesebelasan utama kelab. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button