Bola SepakSukan

Pemain Barcelona disahkan positif Covid-19

BARCELONA mengesahkan terdapat dalam kalangan anggota kelab itu yang diuji positif koronavirus menjelang suku akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, Sabtu ini.

Bagaimanapun, Blaugrana mengesahkan ia tidak melibatkan dalam kalangan skuad utamanya yang akan terbang ke Lisbon, esok.

Individu yang disahkan positif coronavirus itu ialah membabitkan seorang daripada sembilan pemain senior yang pada ketika ini dipisahkan daripada skuad utama yang akan beraksi pada peringkat lapan terbaik Liga Juara-Juara.

Kesemua sembilan pemain terbabit telah pulang ke pangkalan latihan kelab, semalam, untuk pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan, hari ini dan mereka dijangka memulakan sesi latihan pra-musim pada Khamis, selepas menurunkan tandatangan bersama pasukan ataupun baru kembali dari kelab lain selepas dipinjamkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab, hari ini, bagaimanapun memberi jaminan bahawa pemain yang disahkan positif itu telahpun diasingkan.

“Selepas ujian PCR dilaksanakan, semalam, ke atas sekumpulan sembilan pemain yang sepatutnya memulakan sesi latihan pra-musim, hari ini, namun, seorang daripada mereka diuji positif Covid-19.

“Pemain yang dijangkiti itu adalah asymptomatic (tidak menunjukkan apa-apa simptom ), dia kelihatan sihat dan telah diasingkan di kediamannya.

“Kelab telahpun memaklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap sukan dan kesihatan. Buat masa ini, kesemua individu yang berhubung dengan pemain berkenaan telahpun dikenal pasti bagi menjalani ujian PCR.

“Pemain itu juga tidak berhubung dengan para pemain daripada skuad utama yang akan terbang ke Lisbon, esok,” kata Barcelona dalam kenyataan itu.

Sembilan pemain yang menjalani ujian coronovirus, semalam, termasuk pemain yang baru ditandatangani menerusi perjanjian bernilai 27 juta pound (RM148 juta), Francisco Trincão, 20 tahun dari kelab Portugal, Braga.

Pemain lain adalah Matheus Fernandes, Jean-Clair Todibo, Moussa Wagué, Carles Aleñá, Rafinha, Miranda dan Oriol Busquets.

Bagaimanapun, Barca tidak pula menamakan pemain yang diuji positif itu.

The Blaugrana, yang menundukkan Napoli di Camp Nou di peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara, hujung minggu lalu, optimis insiden yang berlaku tidak akan mempengaruhi menjelang pertembungan mereka dengan Bayern di Estadio da Luz.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam peringkat lapan terbaik, dengan Barca mengintai peluang menjulang trofi kejuaraan elit Eropah itu buat pertama kali sejak 2015, setelah terlepas gelaran La Liga daripada seteru ketat mereka, Real Madrid. – SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button