Jenayah

Pelawak dan isterinya ditahan reman kerana sebar maklumat dalam polis

PELAWAK dan isterinya direman dua hari bagi bantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman di aplikasi Telegram.

Menurut sumber, pelawak berusia 38 tahun dan isterinya 37 ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tangkapan berkenaan.

‘’Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

‘’Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Shah Alam, hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya.

Terdahulu, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit.

Artikle Berkaitan :>

10 jenayah terancang sedang diburu oleh pihak polis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button