Ekonomi

Pelangan Bank Rakyat berpeluang raya dengan kereta baru, Proton X

BANK RAKYAT  melancarkan kempen sempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal membawakan konsep ‘Tulus Ikhlas’ dengan tawaran hadiah melebihi RM750,000.

Menerusi kempen ini, pelanggan bakal menikmati pelbagai hadiah dan tawaran istimewa antaranya, Kempen utama ‘Tulus Ikhlas’ yang berlangsung mulai 12 Mac hingga 31 Mei 2024 yang bakal menawarkan hadiah berupa Proton X90, Proton X70, Proton X50, lima buah motosikal Modenas dan 120 hadiah sagu hati yang lain.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan, Ahmad Shahril Mohd Shariff, selain kempen ‘Tulus Ikhlas’ terdapat juga 8 kempen lain untuk inisiatif CSR.

Dalam majlis itu, Bank Rakyat turut menyampaikan sumbagan kepada anak yatim

‘’Ada pelbagai kempen serta kempen jangkauan komuniti, kempen CSR yang lain secara ringkasnya inisiatif ini adalah langgan dan menang, belanja dan menang, guna dan menang serta kongsi dan menang.

‘’Secara keseluruhannya Bank Rakyat memperuntukan RM2.3 juta untuk kempen ini, diharapkan kempen ini memberi manfaat penerima disasarkan serta masyarakat di luar sana , Alhamdulillah prestasi dan kedudukan Bank Rakyat bertambah baik, kami bank yang sentiasa prihatin, lebih banyak kita menerima lebih banyak kita memberi’’, katanya dalam sidang media yang berlangsung padi tadi di Menara Kembar Bank Rakyat.

Kempen lain juga melibatkan produk pembiayaan dan Takaful, Kad Kredit-i atau Kad Debit-i Bank Rakyat dan Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Tawarrug.

Selain itu dalam menggalakkan usahawan kecil meluaskan lagi perniagaan mereka, Bank Rakyat juga bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 kepada 15 orang pemenang bertuah yang melanggan produk Pembiayaan Mikro-i bermula Mac sehingga 31 Mei 2024.

Pelanggan yang melanggan produk Pembiayaan Kenderaan-i juga berpeluang
memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM80,000 kepada 200 orang pemenang
bertuah bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2024.

Cabutan istimewa Akaun Pelaburan-i Rizq Plus sempena Aidilfitri turut diadakan yang
mana hadiah wang tunai bernilai RM100,000 untuk satu pemenang dan emas seberat 20
gram untuk lima pemenang.

Pelanggan yang melakukan transaksi pindahan wang tertinggi menerusi DuitNow QR
menggunakan aplikasi perbankan mudah alih iRakyat dan laman web iRakyat bermula
12 Mac hingga 31 Mei 2024 juga akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai
keseluruhan berjumlah RM14,500.

Seterusnya, 10 orang yang memuat naik kisah kreatif hari raya di media sosial bermula
dari 15 Mac sehingga 15 April 2024 akan berpeluang memenangi baucar Jakel
keseluruhan bernilai RM2,000.

Pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat juga berpeluang mendapatkan pulangan tunai 5%
untuk petrol, diesel dan pembelian runcit di stesen minyak seluruh negara pada setiap
hari Khamis bermula 14 Mac hingga 31 Disember 2024.

Selain itu, pemegang Kad Kredit-i yang membuat transaksi minimum RM500 bagi pembelian barangan di Jakel bermula 1 Mac sehingga 30 April 2024 akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 yang akan dikreditkan ke Akaun
Pelaburan-i Rizq Plus.

Bank Rakyat juga akan menganjurkan Karnival Bazaar Riang Raya yang merupakan
jualan tanpa tunai yang menghimpunkan 100 usahawan di Menara Kembar Bank Rakyat
selama tiga hari bermula 1 April hingga 3 April 2024.

Menerusi inisiatif ‘Tulus Ikhlas’ ini juga, pelbagai aktiviti Jangkauan Komuniti bakal
dilaksanakan sepanjang pengimarahan bulan Ramadan dan Aidilfitri di saluran media.
Antaranya, aktiviti gotong-royong seperti memasak dan mengedar bubur lambuk serta
majlis berbuka puasa bersama rakan media.

Di samping itu, Bank Rakyat juga menyerahkan sumbangan keseluruhan berjumlah
RM1.48 juta menerusi Program Imarah Ramadan yang mana setiap daripada 7,400
penerima Asnaf akan menerima bakul makanan berjumlah RM100 dan duit raya
berjumlah RM100.

Selain itu, Bank Rakyat turut membuat serahan duit raya berjumlah keseluruhan
RM70,000 menerusi Program Cahaya Aidilfitri yang mana setiap daripada 700 anak yatim
akan menerima RM100.

Secara keseluruhannya, Bank Rakyat memperuntukkan lebih RM2.3 juta menerusi
Kempen Ramadan Raya Tulus Ikhlas, istimewa untuk pelanggan dan masyarakat.

Bank Rakyat membuat serahan pakaian raya kepada 73 anak yatim daripada Rumah
Kasih Harmoni Paya Jaras, Selangor dan Rumah Bakti Nur Syaheera, Kuala Lumpur
sebagai tanda ihsannya Bank terhadap kesejahteraan anak-anak ini yang mana sejajar
dengan nilai Madani menerusi majlis ini.

“Semoga Kempen ‘Tulus Ikhlas’ Bank Rakyat ini dapat menyinari sambutan Ramadan
dan Aidilfitiri pelanggan agar menjadi lebih bermakna dan meriah dengan penuh
kegembiraan dan kenikmatan yang dikongsi bersama,” kata beliau.-SM

Artikle Berkaitan :>

Lelaki 60 tahun bergelar jutawan selepas melabur dengan Bank Rakyat

Bank Rakyat terus menggalakkan kawasan luar bandar mengunakan platform digital

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button