NasionalNegeri

Pelaksanaan setiap projek perlulah berjalan lancar – Raja Muda Perlis

PELAKSANAAN setiap projek perlulah berjalan lancar serta siap dalam tempoh yang ditetapkan, termasuklah semua projek tidak kira yang berskala kecil atau besar sama ada milik kerajaan, swasta atau individu di negeri Perlis ini.

Setiap perancangan dan pelaksanaan projek-projek yang berjalan ini juga perlu dipastikan supaya tidak berlengah dan sebarang isu yang timbul wajar ditangani dengan baik serta pantas melalui pelaksanaan yang cekap, dipantau dan dilaporkan secara berkala kepada pihak yang sewajarnya terutama sekali pemegang taruh inisiatif tersebut.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam kenyataan media dikeluar Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan sempena program kayuhan MAIPs Peduli kepada asnaf-asnaf terpilih baru-baru ini.

Baginda berkenan menyantuni dan menyampaikan agihan zakat bernilai RM700 setiap seorang kepada Samsudin Abdul Rahman, 67 di Kampung Padang Besar Selatan, Abdul Dali, 68 di Kampung Kuala dan Daud Bahari, 72 juga di Kampung Kuala kesemuanya di rumah masing-masing.

Raja Muda turut berharap
agar sektor swasta terlibat sama secara lebih aktif dalam pembangunan negeri ini, terutama sekali untuk mengenal pasti dan meneroka bidang-bidang kerjasama baharu yang berimpak tinggi untuk dilaksanakan bagi kebaikan rakyat dan juga negeri Perlis. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button