Bola SepakSukan

Sato ragut peluang Malaysia buat kali kedua?

PENGADIL dari Jepun Ryuji Sato menjadi tumpuan selepas keputusan kontroversinya mengadili perlawanan Malaysia menentang Vietnam malam ini.

Umum sudah menyaksikan kekalahan 3-0 Malaysia kepada Vietnam pada saingan AFF.

Namun keputusan Sato memberi kad merah kepada pemain Malaysia dan menghadiahkan sepakan penalti, menimbulkan perdebatan.

Malaysia terpaksa bermain dengan 10 pemain dengan ketinggalan 2-0, ketika permainan menghampiri penghujungnya.

Terdahulu Sato juga melayangkan kad merah kepada pemain Vietnam.

Pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh ketika dihubungi Astro berkata keputusan Sato kerana pemain Malaysia menendang pemain lawan selepas diterjah hingga terkeluar dari kawasan permainan.

Oleh kerana kesalahan dilakukan berhampiran kotak penalti, maka pengadil memutuskan penalti buat Vietnam.

Bagaimanapun Subkhiddin berkata Sato terlepas pandang kesalahan pertama dilakukan oleh pemain Vietnam terlebih awal.

Lebih menjadi kontroversi Sato juga melayangkan kad merah kepada pemain Malaysia pada perlawanan tahun lalu ketika Malaysia bertembung Vietnam yang sekaligus merenggut peluang negara untuk mara ke Piala Dunia.

Apa yang haruskan dilakukan oleh Malaysia kini ialah melupakan perlawanan malam ini dan memberi tumpuan untuk perlawanan selepas ini, kerana peluang masih cerah.

Malaysia perlu menang menentang Singapura pada 3 Januari di Bukit Jalil.

Mengulas lanjut Subkhidin berkata Malaysia boleh mengemukakan bantahan, tetapi ia tidak akan mengubahkan keputusan, tetapi lebih kepada memperbaiki mutu pengadilan.

Ramai juga penyokong Malaysia melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Sato, apatah lagi pengadil dari Jepun itu telah memuat naik status di media sosial bahawa Vietnam akan menang.

Bahkan ada penyokong Vietnam yang malu dengan kemenangan negaranya kerana pengadilan yang berat sebelah.

 

 

(Visited 2,073 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button