Belang Bertempat

Kejutan yang tertunda

SELEPAS dua minggu taklimat iaitu pada 14 Disember, baru hari ini iaitu 27 Disember, menteri berkenaan terkejut.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah menerima taklimat terperinci dua minggu lepas.

Belang agak gusar kerana terlalu lambat refleksinya dan tiada sebarang arahan lanjut.

Sepatutnya pengurusan TM tampil memberi penjelasan berhubung isu berkenaan dan jika mereka gagal berbuat demikian Tan Sri Annuar Musa sepatutnya menyaman mereka, kerana digambarkan seolah-olah telah menyalahgunakan kuasa.

Pengurusan TM tidak seharusnya membiarkan mereka dipergunakan oleh orang politik.


Memang tidak logik aset TM dijual senyap-senyap kerana ia sebuah entiti yang didaftar di Bursa Saham.

Selain itu ia juga perlu mendapat kelulusan UKAS, EPU.

Sebelum terdapat blogger pro-DAP menulis mengenai isu itu.

MENARA KL DIJUAL SECARA SENYAP-SENYAP

Konsesi dan hak ke atas mengurus Menara KL adalah suatu perniagaan yang dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad melalui anak syarikatnya Menara KL Sdn Bhd.

Ianya bukan suatu perniagaan yang merugikan, tetapi suatu perniagaan yang menjana keuntungan bersih berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun kepada Telekom Malaysia Berhad.

Contohnya pada tahun 2019 (sebelum Covid-19), keuntungan bersih yang dicatat oleh Menara KL Sdn Bhd melalui konsesi dan hak mengurus Menara KL ialah sebanyak RM20 juta.

Pada tahun 2018, Menara KL mencatat keuntungan bersih sebanyak RM25 juta.

Oleh kerana perniagaan mengurus Menara KL ini membawa keuntungan kepada Menara KL Sdn Bhd, ianya juga membawa keuntungan kepada Telekom Malaysia Berhad.

Maka secara langsungnya ia juga membawa keuntungan kepada negara Malaysia dan rakyat Malaysia kerana Telekom Malaysia Berhad adalah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan orang awam.

Yang peliknya, pada 31 Oktober 2022, iaitu tarikh selepas Parlimen dibubar, 10 juta saham yang dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad dalam Menara KL Sdn Bhd telah dipindahkan secara senyap-senyap kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

Entah siapalah Hydroshoppe Sdn Bhd ini.

Tetapi semakan SSM mendapati bahawa Hydroshoppe Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang bermasalah dan hampir dinyahsenaraikan dari SSM kerana gagal membuat perisytiharan dan pemfailan mengikut jadual.

Ianya bermasalah dan sedang dalam proses dibuang, tetapi PN telah membuat keputusan untuk menyalur keuntungan bersih berpuluh-puluh juta ringgit setahun dari akaun bank Telekom Malaysia Berhad kepada akaun bank sebuah syarikat yang bermasalah.

Secara ringkasnya, berpuluh-puluh juta ringgit keuntungan bersih yang pada asalnya sedang dinikmati oleh Telekom Malaysia Berhad (negara dan rakyat) telah diserah kepada beberapa orang insan terpilih (Hydroshoppe Sdn Bhd).

Berpuluh-puluh juta ringgit ini pada asalnya sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia melalui pemilikan saham Telekom Malaysia Berhad, pembinaan menara telco, perkembangan jaringan komunikasi di kawasan-kawasan desa dan sebagainya.

Tetapi tiba-tiba dihentikan dan disalurkan kepada beberapa orang insan terpilih dalam Hydroshoppe Sdn Bhd.

Maka rakyat marhaen tidak akan merasai limpahan nikmat berpuluh-puluh juta ringgit tersebut di masa akan datang.

Sebaliknya beberapa insan terpilih dalam Hydroshoppe Sdn Bhd sahaja yang akan menikmati berpuluh-puluh juta ringgit tersebut.

Sebab apakah perkara ini boleh berlaku ketika Annuar Musa menjadi Menteri Komunikasi?

Adakah Annuar Musa yang kini bersama PN terlibat dalam usaha meminggirkan Melayu marhaen daripada menikmati limpahan keuntungan Menara KL?

(Visited 995 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button