Nasional

Pelajar UUM terbabit latihan Palapes positif Covid-19, kampus ditutup

SEORANG pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terbabit dalam latihan Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dikesan positif Covid-19.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, berkata pelajar baru pulang dari Sabah.

Serentak itu UUM bertindak menutup kampus utamanya di Sintok, Kedah berkuat kuasa serta merta sejak malam tadi.

Pihak universiti sudah dan sedang mengambil langkah yang perlu untuk mengawal penularan dan melarang aktiviti keluar masuk kampus.

“Kumpulan ini tidak besar hanya membabitkan mereka yang terbabit dalam latihan Palapes. Kementerian Kesihatan (KKM) pun sudah dimaklumkan mengenai hal ini untuk menentukan langkah seterusnya.

“Kami memberi kerjasama sepenuhnya dan akan ikuti semua SOP (prosedur operasi standard) yang disyorkan oleh KKM, NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) termasuk langkah kuarantin wajib yang perlu kepada semua individu yang terbabit,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button