Hiburan

Maaf la Naim, Uncle tak perasan – Datuk Hattan

SEMALAM tular di laman sosial sebuah video yang dimuat naik oleh penyanyi, Naim Daniel memuat naik sebuah video ketika berada dalam separuh akhir pertandingan nyanyian.

Di dalam video tersebut, Naim dilihat cuba bersalam dengan penyanyi, Datuk Hattan namun tidak disambut.

Malah, Hattan dilihat terus berlalu meninggalkan pentas dan tidak mempedulikan tangaan Naim sebelum disambut gelak ketawa penyanyi lain yang perasan insiden tersebut.

“Assalammualaikum Datuk Hattan, saya dengan rendah dirinya menyatakan bahawa saya masih menanti peluang untuk bersalaman dengan Datuk.

“Tapi dah covid sekarang ni, kena patuh sop, tak dapatlah salam nampaknya,” tulis Naim berseloroh.

Video yang dimuat naik semula itu mengundang ketawa daripada netizen dengan apa yang yang dialami oleh Naim.

Malah, ada yang berpendapat mereka juga pernah mengalami nasib sama dan merasa kekok apabila berhadapan dengan situasi tersebut.

Sedar dengan video tersebut yang menjadi tular, Hattan kemudian membuat satu komen balas di akaun Facebook miliknya berkaitan kes tersebut.

“Alamak Naim uncle tak perasan lah masa tu. Minta maaf sangat.

“Nanti kita jumpa lepas Covid dan bersalaman ya,” katanya berseloroh. -SM

(Visited 735 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button