Pendidikan

Pelajar perlu tingkat kemahiran untuk hadapi cabaran hidup

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ’Setiap pelajar perlu menambah nilai diri masing-masing dengan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang agar berupaya menghadapi cabaran dunia kini’.

Baginda bertitah, ‘Dalam mengejar ilmu, agama perlu menjadi asas pegangan dalam menjalani kehidupan dengan menanamkan elemen kepercayaan atau pegangan agama yang teguh dalam kalangan pelajar’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menyeru agar setiap pelajar harus iltizam untuk menjadi generasi masa hadapan yang kental semangatnya, beretika, berakhlak dan penuh ketaqwaan serta mampu mengharungi apa jua cabaran.

Demikitan titah Tuanku Raja Muda Perlis ketika berkenan berangkat merasmikan Program Titian Kasih Mega 2024 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis peringkat Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah) dengan penglibatan seramai 294 orang pelajar tingkatan 1 hingga 3.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengetua Sekolah Agama Al-Islahiyah (Menengah), Hajah Ruswati Haji Hashim.

Turut hadir sama, Setiausaha Kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd Darus, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Arifin, dan Penyelaras dari YTSP Perlis, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

Sekolah Agama Al-Islahiyah mempunyai 48 orang guru KPM, 5 orang guru LPS, 10 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan bilangan murid seramai 452 orang.

Sekolah ini turut menawarkan pakej mata pelajaran teras, KBD teras yang menggunakan Bahasa Arab sebagai pengantar dan elektif bagi menengah rendah dan menengah atas serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Antara fokus utama sekolah ini adalah membudayakan subjek nadi sekolah iaitu bahasa Arab sebagai bahasa PdP KBD, biah Arabiah dan sifar gagal KBD.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan untuk menyempurnakan perasmian Pondok Lestari yang akan berfungsi sebagai gerobok rezeki yang mana menempatkan dan membekalkan pakaian, alat tulis, makanan dan beberapa barangan lain buat murid yang kurang berkemampuan di sekolah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button