Nasional

Pelajar ditumbuk bukan bawah institusi KPM – Radzi

MENTERI Pendidikan (KPM), Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, beliau menerima hantaran video yang tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi bawah KPM.

“Namun KPM telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil,” katanya hari ini.

Katanya, KPM komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep #sekolahkuSEJAHTERA.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan visual seorang remaja lelaki ditumbuk di bahagian perutnya oleh seorang lagi remaja lelaki.

Baca pautan di bawah:

https://suaramerdeka.com.my/apa-hal-tumbuk-perut-ni/

Remaja lelaki yang ditumbuk dilihat dipegang oleh dua orang remaja lain sambil diperhatikan oleh sekumpulan remaja.

Tindakan menumbuk perut remaja berkenaan adalah aksi buli yang berlaku dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa.

Sikap sekumpulan remaja lain yang hanya memerhatikan insiden tersebut amat tidak disenangi kerana sikap itu seolah-olah membenarkan rakan sebaya mereka dibuli dengan aksi yang boleh mendatangkan kemudaratan fizikal.

Ramai dalam kalangan ibu bapa yang cuba membuat telahan, kejadian buli itu berlaku di salah sebuah asrama berdasarkan latar belakang yang terakam dalam video berkenaan. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button