BeritaLuar NegaraPendidikan

Pelajar China dipaksa tidur dalam kelas untuk tingkat kesegaran semasa belajar

BERTUAH sungguh pelajar di negara China, dalam kelas pun dipaksa untuk tidur bagi meningkatkan daya kesegaran semasa belajar.

Berbeza dengan suasana di Malaysia, mana-mana pelajar yang tidur dalam kelas pasti akan dimarahi atau diherdik secara terbuka.

Jika diamati, otak yang penat boleh membuatkan tubuh badan jadi lesu, lalu menguap yang tidak berhenti dan minda tidak boleh bekerja.

Sehubungan itu, tidur untuk tempoh sementara dalam lima hingga sembilan minit dianggap satu kaedah yang ringkas namun tinggi nilainya.

Mana tidaknya, dengan tidur sementara tadi, bukan hanya tubuh akan merasai kesegaran malah otak juga mampu menyerap ilmu dengan baik.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button