Nasional

Pekerja penyelenggara maut terjatuh di ruang lif

Seorang lelaki ditemukan maut akibat terjatuh di ruangan lif di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur hari ini.

Memetik laporan BERNAMA, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata lelaki berumur 33 tahun yang merupakan pekerja penyelenggara bangunan berkenaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian selepas mendapat panggilan pada kira-kira jam 11 pagi, mendapati seorang lelaki dewasa berada di tingkat bawah (B2) dalam ruangan lif pusat beli-belah itu, dan berdasarkan maklumat, lelaki itu dipercayai terjatuh dari tingkat empat,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pasukan penyelamat menggunakan ‘basket stretcher’ dan tali untuk menarik dan mengeluarkan mayat daripada lubang ruang lif berkenaan yang dianggarkan sedalam enam kaki dari pintu lif.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

(Visited 303 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button