Hiburan

Pekerja Belakang Tabir Gembira, Artis Dan Talent Pula Runsing Kerana Faktor Fizikal

Pembukaan semula industri kreatif dan beberapa sektor hiburan dalam fasa peralihan dari pandemik ke endemik memberikan satu khabar gembira buat warga kerjanya.

Namun sebalik kegembiraan itu, terserlah juga rasa runsing terutamanya dalam kalangan artis mahu pun talent yang terlibat secara dalam skrin atau di depan tabir.

Hal ini demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu mimpi ngeri buat artis dan juga talent kerana bukan sahaja ‘job’ tiada, malah saiz badan juga boleh ‘meningkat’.

Hasilnya, semua ‘job’ yang sangkut sebelum PKP dilaksanakan beberapa bulan lalu pastinya akan berdepan dengan masalah lari ‘conti’.

Mana tidaknya.. yang kurus boleh berisi, yang berisi mungkin semakin comot atau keadaan diri jadi semakin tidak terurus dan tempoh memulihkannya bukannya sekejap.

Mungkin selepas ini skrip atau drama terbaharu yang ingin diterbitkan perlulah bergenre komedi dan tidak lagi menampilkan hero yang kacak atau heroin yang jelita.

Walaubagaimana pun, rasa syukur tetap harus dipanjat kepada Allah SWT kerana industri kreatif dibuka semula dan para penggiatnya bolehlah kembali mencari rezeki.

NOTA : Gambar sekadar hiasan!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button