Nasional

Pegawai polis maut selepas kereta rempuh 2 tiang di Wakaf King

Seorang anggota polis maut selepas keretanya terbabas dan merempuh dua tiang elektrik di Km 5 Jalan Palekbang-Tumpat berhampiran Wakaf King di sini malam tadi.

Inspektor Chong Yeong Ren meninggal dunia serta-merta selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan dalam kemalangan 11.30 malam itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata Chong dalam perjalanan pulang ke Kampung Terbak dari Wakaf Baru ketika nahas berlaku.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan ke atas keretanya menyebabkan ia terbabas sebelum merempuh dua tiang di sebelah kiri jalan. Kejadian menyebabkan kereta itu terbalik,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat Chong dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Zaki menambah, mangsa bertugas di ibu pejabat polis daerah Tumpat sejak empat tahun lalu. Dia meninggalkan seorang isteri dan bayi berusia tiga bulan.

Jenazah Chong akan dihantar ke kampung halamannya di Klang, Selangor.

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button