Mahkamah

Pegawai penyiasat SPRM tidak pernah tengok ahli politik hadapi 47 pertuduhan

Pegawai Penyiasat Kanan SPRM mengaku tidak pernah melihat seorang ahli politik berdepan 47 pertuduhan pecah amanah dan penggubahan wang haram seperti yang dihadapi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Khairuddin Kilau, saksi terakhir kes Ahmad Zahid berkata, sejak beliau menjadi pegawai penyiasat selama 20 tahun, dia tidak pernah melihat pertuduhan sebanyak itu dihadapi oleh mana-mana ahli politik, selepas berlaku perubahan kerajaan yang memerintah.

Terdahulu pihak pembela mencadangkan bahawa pertuduhan yang dihadapi oleh Ahmad Zahid adalah bermotifkan politik, kerana beliau merupakan Presiden UMNO dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN).

Saksi bagaimanapun tidak bersetuju dengan perkara itu dan turut dibantah oleh pihak pendakwa, tetapi dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Collin Lawrence Sequerah.

Peguam Hisham Teh Pok Teik yang mewakil pasukan pembela menekankan bahawa kesemua 47 pertuduhan itu tidak mempunyai asas kerana wang yang dikatakan disalah guna tidak pernah masuk ke dalam akaun Ahmad Zahid, sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co, yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik tertuduh.

Oleh itu, kata Hisham, tiada sebarang pelanggaran undang-undang atau salah guna kuasa berlaku kerana ia tidak masuk ke dalam akaun peribadi. Saksi bagaimanapun tidak bersetuju. – SM

 

(Visited 351 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button