MahkamahNasional

Pecah amanah lebih RM100,000: Bekas eksekutif mengaku tak salah

Nur Syuhada Rohaizat, 33, didakwa mengeluarkan 29 cek syarikat bernilai RM145,000 dan mendepositkannya dalam akaun Hong Leong Bank miliknya bagi kegunaan peribadi

SEORANG bekas eksekutif pentadbiran sebuah syarikat perunding mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM100,000 bagi kegunaan peribadinya antara 2018 dan 2022.

Bagi kelima-lima pertuduhan itu, Nur Syuhada Rohaizat, 33, didakwa sebagai eksekutif pentadbiran di Seek Education Sdn Bhd yang diamanahkan dengan buku cek syarikat, melakukan pecah amanah dengan mengeluarkan 29 cek syarikat bernilai RM145,000 serta mendepositkan cek berkenaan dalam akaun Hong Leong Bank miliknya bagi kegunaan peribadi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Seek Education Sdn Bhd, Plaza Mont Kiara, Brickfields antara 1 Jun 2018 dan 12 April 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohamed Nawi dan Muhammad Aiman Azahan menawarkan jaminan RM45,000 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima pertuduhan, namun peguam Ahmad Ikram Ab Alim memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan, selain syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah dan 21 Mei ini ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. – SUMBER FMT – SM

BACA Penolong akauntan Kesedar guna identiti 9 individu pecah amanah RM24.8 juta

BACA Lelaki “wanted” kes pecah amanah, pemalsuan dokumen RM8 juta direman

(Visited 28 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button