NasionalNegeriPolitik

PCCCI ucap tahniah kepada Menteri Perlis yang baharu

DEWAN Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis (PCCCI) mengucapkan tahniah kepada Mohd Shukri Ramli di atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Perlis Ke-8.

Presidennya, Koay Chee Khoon berharap kerajaan negeri yang baharu ini akan dapat membimbing rakyat Perlis hidup dalam penuh sejahtera.

Selain itu, katanya, kerajaan baharu dibawah pimpinan Mohd Shukri ini diharap dapat mengorak langkah ke hadapan untuk memacu pembangunan negeri dan memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan lancar.

“PCCCI juga bersedia menjadi pengantara bagi menjalin hubungan antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, PCCCI akan memainkan peranan sebagai medium penyampaian maklumat dan pandangan antara kedua-dua pihak demi memelihara dan merapatkan perhubungan untuk mencapai kesepaduan dan kesejahteraan di dalam masyarakat pelbagai kaum.

Beliau berharap kerajaan negeri dapat mengadakan sesi ramah mesra bersama wakil-wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan komuniti Cina dari semasa ke semasa bagi perkongsian pandangan dan permasalahan di kalangan masyarakat Cina di Perlis.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan juga dapat menyalurkan maklumat dan perancangan pembangunan kerajaan negeri yang terkini.

Chee Khoon percaya kerajaan baharu ini yang diketuai Mohd Shukri ini akan membawa Perlis ke mercu kejayaan pada masa depan.

“Dengan ini, PCCCI berharap dapat menjalinkan hubungan baik dengan barisan kerajaan baharu supaya dapat bekerjasama antara satu sama lain pada masa hadapan. – SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button