Ekonomi

Pavilion Perlis terima sambutan memberangsangkan di MATTA 2024

Negeri Perlis buat julung kalinya telah menjayakan kempen Perlis sebagai ‘Malaysia’s Favourite Destination’ di ‘March MATTA Fair 2024’ yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Segambut, Kuala Lumpur selama 3 hari bermula daripada 22 hingga 24 Mac 2024 baru-baru ini bagi merancakkan lagi promosi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025.

Pavilion Perlis merupakan salah satu pempamer yang telah menerima kunjungan yang tinggi di kalangan para pengunjung.

Antara faktor tarikan utama yang sering ditanya termasuklah bentuk muka bumi Perlis yang kaya dengan flora dan fauna, buah harumanis Perlis dan pakej-pakej pelancongan yang semakin menarik.

Para pempamer dari Perlis menerima suntikan semangat apabila menerima keberangkatan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang berkunjung ke Pavilion Perlis.

Baginda berdua turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) Pakej Agro-Pelancongan oleh Harumango Sdn Bhd dengan pihak Smart Leisure & Travels (SLT) Sdn Bhd dan Antar Holiday & Convention Sdn Bhd.

Turut hadir sama adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Megat Hashirat Hassan dan Wan Badariah Wan Saad serta Presiden MATTA Nigel Wong.

Tuanku Raja Muda menitahkan agar pemain-pemain industri di dalam mahupun luar negeri Perlis terus menggunakan peluang seperti ini dengan sebaiknya untuk terus memperkenalkan produk-produk Tuanku Raja Muda menitahkan agar pemain-pemain industri pelancongan di dalam mahupun luar negeri Perlis terus menggunakan peluang seperti ini dengan sebaiknya untuk terus memperkenalkan produk-produk pelancongan Negeri Perlis.

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button