JenayahNasionalNegeri

PATI: Suspek rempuh polis hingga cedera berjaya diberkas

SUDAHLAH melakukan jenayah menyeludup Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), tergamak pula merempuh polis yang menunggang motosikal untuk menyelamatkan diri semasa adegan kejar mengejar.

Sekalipun berjaya menghilangkan diri akhirnya suspek ini berjaya dikesan ini di mana kali ini nekad terjun tingkap rumah untuk melepaskan diri lagi.

Mohd Shokri Abdullah

Cubaan ini ternyata telah memakan diri apabila suspek telah mengalami kecederaan apabila tulang tumit kanan retak.

“Suspek ini juga bukan sebarangan kerana mempunyai lapan rekod lampau jenayah dan dadah manakala hasil ujian air kencing juga positif dadah methamphetamine,” kata Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah.

Mohd Shokri dalam kenyataan media berkata, satu laporan polis telah dibuat pada pukul 3.30 petang,16 Oktober tahun lalu oleh pegawai dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2.

“Dalam laporan itu, pasukan berkenaan telah menjalankan tugas risikan penyeludupan PATI di sekitar Kampung Kubang Tiga, Chuping,” kata Mohd Shokri.

Beliau berkata, pasukan berkenaan telah terserempak dengan sebuah pikup jenis Mitshibishi Pajero bernombor pendaftaran Malaysia di mana pemandunya adalah seorang lelaki tempatan yang disyaki membawa PATI.

Mohd Shokri berkata, setelah diminta berhenti secara berulang kali, pemandu pikup tidak mengendahkan arahan sebaliknya bertindak memecut kenderaan sehingga ke Stesen Keretapi Bukit Keteri.

Katanya, sebaik tiba di situ, pikap berkenaan berhenti.

“Pada ketika inilah, pemandu pikup berkenaan didapati mengundurkan kenderaannya lalu merempuh motosikal yang dipandu oleh anggota polis yang mengejarnya tadi,” kata Mohd Shokri.

Katanya, rempuhan tersebut telah menyebabkan anggota polis berkenaan cedera pada tangan kiri manakala bahagian depan motosikal rosak.

Mohd. Shokri berkata, pemandu pikup berkenaan juga telah meninggalkan pikup untuk menyelamatkan diri.

Katanya, polis telah berjaya menahan 12 PATI yang berada di dalam pikup berkenaan.

Mohd Shokri memberitahu, susulan kes berkenaan, Op Cantas Khas telah dijalankan oleh polis dari Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar pada pukul 10.30 pagi, 21 Mac lalu.

“Seorang lelaki tempatan telah ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Padang Besar,” katanya.

Bagaimanapun katanya, suspek sekali lagi membuat percubaan melarikan diri dengan terjun dari tingkap.

“Ini mengakibatkan suspek mengalami retak tulang pada tumit kaki kanan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan di mana berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Mohd Shokri berkata, suspek direman selama tujuh hari dari 22 sehingga 28 Mac ini untuk siasatan berkaitan Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) di mana boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan. – SM

BACA 17 PATI Myanmar, dua tekong ditahan di Felda Chuping

(Visited 13 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button