Nasional

PATI Indonesia buka perkampungan haram sampai beranak-pinak di Nilai

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menemui sebuah perkampungan haram yang dibina oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal Februari lalu.

Berdasarkan gambar yang dikongsi oleh Bernama, ia jelas menunjukkan perkampungan haram itu bukannya baharu wujud sebaliknya telah dibuka dalam tempoh yang cukup lama.

Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam operasi penguatkuasaan di Nilai Spring itu, mereka yang ditahan ingin terus berada di negara ini walaupun tanpa dokumen sah.

JIM berjaya menahan seramai 67 orang warga Indonesia berikutan tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mereka bukan sahaja dipercayai tidak berniat untuk pulang ke negara asal namun tinjauan Bernama mendapati perkampungan itu telah dimusnahkan untuk mengelakkan mereka kembali ke sana.

Namun yang menjadi persoalan besar hari ini, ke manakah baki selain 67 yang ditahan? Apakah mereka lari ke kawasan baharu dan membuka perkampungan haram yang seterusnya? – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button