PasLeak berjaya tingkatkan perasaan benci sesama Islam – Tun Faisal
PasLeak bukan minit mesyuarat atau sebarang perancangan, tapi merupakan suatu catatan. Tidak diketahui catatan itu dibuat oleh siapa dan adakah kandungannya benar atau bersama tokok tambah.
Yang pastinya, penyebarannya dibuat oleh pihak yang tidak mahu Muafakat Nasional digerakkan semula dan mahu meningkatkan lagi kebencian kumpulan tertentu di dalam UMNO terhadap Pas.
Bagi UMNO, ia memulakan semula polemik 2 mazhab. Pertama, mazhab, UMNO Go SOLO, kedua mazhab, Muafakat Ummah.
Bagi penyokong mazhab Muafakat Ummah, tentulah berita yang diterima tanpa diketahui dengan jelas siapakah sumbernya, ditangani dengan cermat dan penuh tabayyun. Lebih baik bertanya kepada Pas dan menyelami sejauh mana agenda permuafakatan demi mengalahkan musuh yang berbeza ideologi masih kukuh dalam diri mereka. Tentu bagi penyokong mazhab ini, Muafakat Nasional masih boleh digerakkan bagi mwmastikan matlamat kemenangan 2/3 majoriti dalam PRU15.
Bagi penyokong mazhab UMNO Go Solo, berita yang tidak tahu dari mana sumbernya ini disambut ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Ia disebar secara meluas kepada ahli2 UMNO dan ditambah dengan tuduhan yang membakar emosi, bahawa ia adalah ‘minit mesyuarat Pas untuk menghancurkan UMNO’. Matlamat akhirnya adalah, Pas adalah parti yang perlu dibenci oleh UMNO, Muafakat Nasional mesti dibenam sedalam2nya dan hanya dengan bertanding solo UMNO dan BN akan mencapai kemenangan mutlak 2/3 majoriti kerana ketika ini UMNO dalam posisi yang sangat kuat dan bukti daripada 2 PRK yang lalu, UMNO telah diterima rakyat dan boleh menang besar jika PRU15 dilaksanakan sekarang.
Tepuk dada, tanyalah syariat. Buatlah kira2 yang betul sebelum mendesak PRU15 diadakan. Dalam PRU14, JASA meramalkan BN akan kalah dan hanya akan mendapat maksimum 90 kerusi. Bagaimanapun ada Pegawai Khas PM yang yakin BN akan menang besar 2/3 majoriti dan mengajak kita meraikan kemenangan ini seawal jam 630 petang hari kita mengundi. Usahlah koyak sangat jika ada yang mempertikaikan kita, lebih2 lagi di bulan Ramadhan.
10 malam terakhir Ramadhan ini, isilah dengan ibadah dan amalan2 sunat yang mendekatkan lagi kita kepada Allah dan membolehkan kita mendapat semaksimum mungkin rahmat Ramadhan. Lebih2 lagi jika kita ketika ini berada dalam ihram di Tanah Haram. Tinggalkanlah perebuatan kuasa dan permusuhan sementara berada di sana. Berdoalah utk yang paling baik utk diri, Islam dan Ummah di bawah Multazam, dan yakinlah sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang.
Sama-samalah kita mendoakan yang baik untuk Islam, Ummah dan UMNO. Semoga diberi kejayaan.
Kredit: Tun Faisal Ismail Aziz