Nasionalpilihan

PAS terus istiqamah sokong Muhyiddin Yassin

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) terus menyatakan ketegasan dan istiqamah dalam menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Perdana Menteri itu turut melibatkan 18 Ahli Parlimen parti tersebut.

“PAS turut melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya dalam keadaan Kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara.

“PAS seterusnya menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah-langkah Kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Semalam, Muhyiddin telah membuat pengumuman dengan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Susulan itu, satu mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dilakukan di sebelah malam.

Sidang media secara maya kemudian dilakukan dengan Ahmad Zahid mengumumkan UMNO menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

UMNO juga menuntut supaya Muhyiddin meletak jawatan dan melantik seorang Perdana Menteri baharu bagi menguruskan isu Covid-19 dan bantuan kepada rakyat. -SM

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button