Politik

Pas guna logo Perikatan Nasional di PRN Melaka

Pas akan menggunakan lambang Perikatan Nasional bagi calon-calonnya yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hujung bulan ini.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bermesyuarat pada November.

Menurutnya, penggunaan lambang Perikatan Nasional berkenaan berikutan panduan yang telah dikeluarkan oleh Masjlis Ulama Pas.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang berlangsung pada 1 November 2021 di Pejabat Agung Pas Pusat telah meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

“Ketetapan ini telah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang pada 31 Oktober 2021 selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan.


Pas merupakan parti komponen Perikatan Nasional bersama-sama dengan Bersatu, Gerakan, STAR dan SAPP.-SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button