Politik

Pas akan bertanding di PRK DUN Sungai Bakap

PAS akan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap 6 Julai ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dengan nama calon akan diumumkan Sabtu ini.

Katanya, calon yang dikenal pasti sudah melalui beberapa proses sebelum dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulama (MSU) Pas.

“Kita dimaklumkan calon PAS yang akan bertanding di DUN Bakap akan diumumkan Sabtu ini.

“Calon yang dipilih oleh PAS untuk bertanding adalah pemimpin parti daripada Pulau Pinang,” katanya seperti yang dipetik dari BH Online.

PRK DUN Bakap diadakan berikutan kekosongan kerusi luar jangka apabila penyandang kerusi, Nor Zamri Latiff meninggal dunia akibat keradangan dalam perut, 24 Mei lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button