ParlimenPolitik

Parlimen: Sesi pertanyaan Menteri dipendekkan sehingga habis sidang

SESI soal jawab bersama menteri dalam Dewan Rakyat dipendekkan kepada 10 minit berbanding 30 minit seperti usul dikemukakan pada 5 November lalu.

Tempoh pertanyaan itu juga dikatakan terhad kepada tiga soalan dan tiada soalan tambahan dibenarkan.

Penetapan semula tempoh itu dikatakan adalah permintaan daripada Ahli Parlimen Kota Melaka (DAP), Khoo Poay Tiong semalam yang meminta jawapan menteri secara terus.

Namun, usul pendekkan tempoh masa itu dibantah Ahli Parlimen daripada pembangkang yang mahukan sekurang-kurangnya satu soalan tambahan dibenarkan.

“Tanpa menghiraukan usul terdahulu berkenaan sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri yang telah dibuat pada Khamis 5 November 202 dan menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) serta dengan persetujuan tuan Yang Dipertua.

“Saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuatkuasa Peraturan Mesyuarat 25(5)A, 24A(5) dan 24A(7) bagi membolehkan sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri dipendekkan kepada 10 minit.

“Yang mana ahli yang mengeluarkan pertanyaan akan dipanggil untuk membaca pertanyaannya dan jawapan diberikan oleh Menteri.

“Dengan tiada pertanyaan tambahan mulai pada hari Khamis esok 19 November 2020 sehingga Selasa 15 Disember 2020.”

Demikian usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan yang disokong Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin sebelum perbahasan Belanjawan 2021 bermula di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulai (DAP), Teo Nie Ching meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun seimbangkan usul berkenaan.

Ini kerana menurutnya, adalah tidak adil kepada Dewan Rakyat sekiranya menteri sekadar membaca jawapan bertulis yang boleh didapati menerusi laman web Parlimen.

“Minta penjelasan sedikit boleh Datuk Speaker?

“Saya hendak tanya, pertama sama ada perubahan ini telah dipersetujui oleh semua ketua whip parti.

“Yang kedua, dalam pandangan saya, kita tak perlu menteri datang sini baca jawapan untuk kita kalau soalan tambahan tidak diizinkan.

“Kerana kita sendiri boleh baca daripada portal, kalau mereka datang sini untuk baca, I think it’s merely a show, dengan izin.

“Jadi, saya rasa kalau hendak baca soalan di sini, lebih baik sekurang-kurangnya izinkan kita untuk bangkitkan satu soalan tambahan.

“Ini permintaan saya, kalau hendak datang sini untuk baca jawapan yang sudah terlebih dahulu disediakan oleh kakitangan kerajaan.

“Saya rasa tidak perlulah kalau kita sendiri boleh baca daripada portal,” soal Nie Ching.

Susulan itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu bangkit membantah pertikaian Nie Ching menjelaskan kerajaan menunaikan permintaan Poay Tiong.

Katanya, cadangan yang dikemukakan itu adalah diberikan oleh pihak pembangkang sendiri.

“Untuk makluman Kulai, semalam Kota Melaka bangun untuk mencadangkan instead of hanya baca soalan, jawapan bertulis, Kota Melaka meminta Dewan Rakyat mempertimbangkan soalan dibaca, jawapan diberikan on the spot.

Itu yang telah dibenarkan oleh Yang Dipertua, jadi itu cadangan daripada pembangkang sendiri,” celahnya.

Hal demikian kemudian menyebabkan Dewan Rakyat kecoh sebentar apabila menyaksikan Nie Ching dan Takiyuddin bertikam lidah soal tempoh pertanyaan menteri dan permintaan Poay Tiong.

Nie Ching: Jadi saya minta jasa baik Datuk Speaker untuk izinkan satu soalan tambahan.

Takiyuddin: Itu tidak diminta pun oleh Kota Melaka. Minta satu kita bahagi satulah. Jangan minta satu bahagi dua.

Nie Ching: Jadi sekarang saya juga kemukakan permintaan, boleh tak? Janganlah pilih kasih.

Perlulah kena ballance sikit. Kota Melaka kalau izinkan saya rasa pemintaan daripada Kulai juga boleh diizinkan.

Takiyuddin: Yang diminta telah diberikan Yang Berhormat itu, sahaja. – SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button