BeritaRencah Hidup

Parking rumah jiran, paksa buka autogate

KUALA LUMPUR – Melampau.

Tanggapan ringkas bagi penduduk kejiranan tidak bertanggungjawab yang mahu meletakkan kereta dalam rumah orang lain.

Tular dalam Facebook apabila seorang penduduk kawasan perumahan di Bandar Meru Raya, Ipoh meletakkan kereta dalam rumah jirannya sesuka hati.

Lebih menyakitkan hati, rumah berkenaan dilengkapi dengan pintu pagar automatik namun dibuka secara paksa oleh pemilik kereta jenis Toyota Camry itu.

Penduduk berkenaan dikatakan berani bertindak sedemikian kerana penghuni rumah tersebut dipercayai jarang berada di rumah kerana tinggal di Melaka.

Bagaimanapun, terdapat komen yang di tangkap layar oleh netizen dipercayai salah sebuah keluarga dalam kejiranan tersebut mendakwa pemilik kereta itu diminta oleh pemilik rumah berkenaan untuk menjagakan rumahnya.

Namun, tindakannya dilihat sudah melampau kerana bukan sahaja merosakkan pintu pagar automatik, malah pemilik kereta itu juga dipercayai menebuk dinding rumahnya sehingga tembus ke rumah sebelah atas alasan untuk jaga rumah.

Netizen marah berjemaah

Insiden berkenaan nyata mengundang rasa marah netizen yang rata-ratanya melabel pemilik kereta itu sebagai jiran tidak bertanggungjawab.

“Senang lock gate pakai mangga… calar kereta dia dan pancit empat tayar dia,” luah Faris Zuhdi

“Make a police report. Trespassing, Sue him for autogate replacement,” nasihat Lee Han Voon

“Report polis tuduh menceroboh lepas itu rosakkan harta benda orang, panggil polis terus pun boleh,” komen Suhayati Abdul Jamil.

“Tutup balik gate lepas itu rantai biar mereput kereta dia dalam tu,” seloroh Feer Daus Mastor. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button