Politik

Pandika Amin cadang PN, PH bergabung jadi ‘Kerajaan Perihatin’

BEKAS Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencadangkan agar Perikatan Nasional bergabung dengan Pakatan Harapan untuk mewujudkan ‘kerajaan prihatin’.

Menurut Pandikan Amin, dengan terbentuknya kerajaan prihatin maka pergelutan politik di Malaysia akan dapat dihentikan buat sementara waktu sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal.

Serentak itu beliau turut mencadangkan agar Perdana Menteri membuat rombakan Kabinet dan meletakkan ahli Parlimen Pakatan Harapan menjadi sebahagian daripada jemaah menteri.

“Sebagai bukti bahawa kerajaan PN sekarang ini pula amat serius dan komited untuk memerangi wabak Covid-19 ini, adalah lebih baik kerajaan PN membuat rombakan Kabinet dan mengadakan kerajaan perihatin, di mana pemimpin-pemimpin dari pembangkang – PH dijemput untuk menyertai Kabinet.

“Dengan tindakan sedemikian, maka politicking di Malaysia akan dapat dipinggirkan buat sementara waktu sehingga wabak Covid-19 dapat dikalahkan,” kata Pandikan Amin dalam satu kenyataan.

Related Articles

Kata beliau, Pilihan Raya Umum ke-15 boleh dilaksanakan selepas jangkitan Covid-19 dapat dibendung.

Cadangan itu dilontarkan oleh Ketua Umum USNO itu berikutan ketidakstabilan politik negara sejak Pilihan Raya Umum ke-14.

Ekonomi negara turut terjejas berikutan politik yang tidak stabil dan menjadi teruk apabila gejala wabak Covid-19 melanda Malaysia.

“Kini ada lagi tanda-tanda yang kita nampak dan dengar bahawa kerajaan PN sekarang ini akan tergugat juga kedudukannya.

“Persoalan yang merunsingkan fikiran ramai rakyat Malaysia sekarang ini ialah, ‘Adakah bujet yang akan dibentangkan oleh kerajaan PN pada hujung tahun ini akan mendapat sokongan dari semua MPs sewaku ianya dibahas atau bujet tersebut akan tidak mendapat kelulusan dari Parlimen,” soal Pandika Amin.

Kalau Parlimen tidak meluluskan bujet pada hujung tahun ini, dua situasi akan berlaku iaitu Parlimen akan di bubarkan dan pilihanraya akan di adakan (Artikel 43 (2) ) atau Parlimen akan dilanjutkan usianya (Artikel 55 (2)).

Pandikan Amin juga mempunyai pendapat yang sama dengan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran, bahawa situasi yang terbaik adalah penggal Parlimen tidak dibubar sebaliknya dipanjangkan.

“Akan tetapi, biar lah ‘Proroging’ itu dibuat bukan atas alasan untuk memanjangkan usia kerajaan PN, tetapi atas alasan bahawa keselamatan rakyat Malaysia adalah lebih penting daripada pilihanraya,” katanya.

Semalam MIC mengesyorkan supaya Dewan Rakyat digantung bagi memberi laluan kepada pengendalian penularan COVID-19 dalam negara.

Cadangan itu dikemukakan Vigneswaran, berikutan polemik pembentukan kerajaan baharu susulan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memiliki majoriti untuk berbuat demikian.-SM

 

 

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button