Negeri

Palsukan laporan perubatan, dua ditahan SPRM

DUA individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes pemalsuan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut sumber, kedua-dua individu itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya ketika hadir memberi keterangan kira-kira pukul 2 petang tadi.

“Kedua-duanya masing-masing  berusia 50 dan 58 tahun dipercayai menjadi ejen sindiket pemalsuan ke atas laporan perubatan Orang Berinsuran (OB).

BACA> Teresa mahu slogan ‘Sayangi Sawitku’ dikekalkan

“Pemalsuan laporan itu bagi membolehkan pampasan bayaran ke atas permohonan tuntutan Hilang Upaya Sementara, Hilang Upaya Kekal dan Pencen ILAT kepada agensi tersebut melibatkan nilai pampasan berjumlah lebih RM100,000,” katanya.

Jelasnya, tangkapan terbaharu ini merupakan kes ketiga dalam tempoh lebih kurang tiga minggu yang melibatkan enam tangkapan berhubung sindiket penipuan pampasan Perkeso.

Related Articles

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

BACA> Tak perlu bimbang didakwa muat naik video di TikTok, YouTube

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button