fbpx
Politik

Teresa mahu slogan ‘Sayangi Sawitku’ dikekalkan

AHLI Parlimen parti DAP, Teresa Kok mahu slogan ‘Sayangi Sawitku’ dikekalkan kerana ia mempunyai sasaran yang lebih tepat iaitu masyarakat Malaysia dan antarabangsa.

Menurutnya, penggunaan slogan berkenaan jika ditukar kepada bahasa Inggeris, ‘Love MY Palm Oil’ dikatakan mempunyai elemen nasional kerana ada perkataan ‘MY’.

Justeru, beliau mempersoal penggunaan slogan baharu kempen penerangan sawit, ‘Sawit Anugerah Tuhan’ kerana disifatkan tidak mempunyai sasaran.

“Apakah slogan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ adalah untuk kempen yang mensasarkan warga Malaysia atau warga asing?

“Sekiranya ia juga merupakan kempen yang menyasarkan masyarakat antarabangsa, maka slogan bagi kempen penerangan sawit ini haruslah kekal pada ‘Love MY Palm Oil’ atau ‘Sayangi Sawitku’.”


BACA > Permohonan batal pertuduhan Ahmad Maslan ditolak — Suara Merdeka

Demikian kata Teresa Kok dalam satu kenyataan hari ini menerusi Facebooknya mempertikaikan tindakan kerajaan tidak mengekalkan slogan ciptaan kerajaan DAP dahulu.

Tambah Teresa, beliau berasa kesal dengan tindakan menteri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr, Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Ini kerana, pada asalnya beliau merasa lega apabila kempen yang dimulakannya itu dipercayai akan diteruskan oleh Mohd. Khairuddin.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya pula berlaku dan menyifatkan tidak akan berlaku kesinambungan mesej yang disampaikannya kepada masyarakat antarabangsa.

“Saya merasa lega kerana Mohd. Khairuddin mengumumkan bahawa beliau ingin meneruskan kempen kesedaran orang ramai tentang minyak sawit keluaran Malaysia yang dimulakan semasa saya pegang jawatan Menteri Industri Utama,

BACA > Bernama anjur ‘e-Treasure Hunt’, tawar hadiah RM2,050 — Suara Merdeka

“Tetapi kesalnya, beliau menukarkan slogan kempen daripada ‘Sayangi Sawitku’ kepada ‘Sawit Anugerah Tuhan’.

“Sawit memanglah anugerah Tuhan kepada dunia.

“Tetapi bila saya melancarkan kempen “Sayangi Sawitku”, saya bukan menyasarkan warga Malaysia sahaja.

“Saya juga menjalankan kempen yang menyasarkan warga asing dan masyarakat antarabangsa dari Malaysia, iaitu from Malaysia, we speak to the world.

“Itu sebab kami mewujudkan slogan dalam Bahasa Inggeris “Love MY Palm Oil”, “MY” bermaksud “Malaysia”.

“Slogan dalam Bahasa Inggeris ini adalah untuk ‘sambil menyelam minum air’ ‘kill two birds with one stone’,” jelasnya.

Tambah wakil rakyat kawasan Seputeh itu, penerangan mengenai sawit Malaysia akan lebih baik jika Pakatan Harapan (PH) masih memerintah sekarang.

Ini kerana menurutnya, Tahun Melawat Malaysia (TMM2020) boleh digunakan bagi memberi pendedahan kepada pelancong mengenai sawit di negara ini.

BACA > Raja Muda Perlis rasmi jubli emas MADA — Suara Merdeka

“Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan saya memang telah berancang untuk mengadakan kempen “Sayangi Sawitku” di seluruh negara.

“Bersama dengan program TMM2020 oleh Kementerian Pelancongan.

“Supaya pelancong asing yang datang ke Malaysia boleh mendapat maklumat tentang kebaikan sawit di Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Teresa turut memaklumkan mengenai cabaran persepsi negatif yang pernah ditimbulkan negara di Eropah dahulu.

Menurutnya lagi, industri sawit tidak pernah mempunyai dana yang cukup untuk menjalankan publisiti di seluruh dunia.

“Minyak sawit dan produk sawit merupakan eksport negara yang ketiga besar.

“Cabaran yang dihadapi oleh industri sawit Malaysia ialah persepsi negatif dunia terhadap sawit.

BACA > Buluh tidak akan ganti sawit sebagai komoditi utama negara — Suara Merdeka

“Industri sawit dan kerajaan tidak mempunyai dana yang cukup untuk menjalankan publisiti dan penerangan tentang minyak sawit kita di seluruh dunia.

“Oleh itu, kami melancarkan kempen “Love MY Palm Oil” untuk memberi penerangan tentang sawit kita ke seluruh dunia,” katanya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button