Politik

Pakej rangsangan jangan lebih indah dari khabar – Asyraf

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantuan kepada mereka terjejas seperti yang diumumkan dalam pakej rangsangan perlu disegerakan.

Beliau berkata, ramai sudah mula mengadu agar Bantuan Prihatin Nasional disegerakan.

Menurut beliau, tidak perlu tunggu sehingga penghujung April kerana hakikatnya terdapat ramai yang susah apabila tidak dapat keluar bekerja dan sebagainya lagi.

“Ramai yang mengadu kepada pihak Pergerakan Pemuda UMNO bahawa Bantuan Prihatin Nasional perlu disegerakan.Tidak perlu tunggu sehingga penghujung April untuk disalurkan.

“Yang mana maklumat sudah sedia ada terutamanya di bawah kategori B40 seperti yang ada dalam senarai BSH dan BR1M terdahulu boleh terus disalurkan bantuan tersebut,” katanya menerusi catatan di facebook.

“Ini tidak termasuk yang dicutikan tanpa gaji sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) malah yang diberhentikan kerja kerana majikan pun sudah tidak berkemampuan.

“Jangan nanti rakyat mengeluh Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat hanyalah indah khabar dari rupa,” ujarnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah menumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Jelas beliau, daripada jumlah yang diumumkan itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Jumlah itu adalah tambahan sebanyak RM20 bilion lagi telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat telah mengumum Pakej Prihatin dengan memperuntukan RM250 bilion bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN untuk merangsang ekonomi dan membantu rakyat dalam menghadapi cabaran yang dicetuskan oleh wabak COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, daripada jumlah tersebut hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat.

RM100 bilion diperuntukkan untuk menyokong  perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button