KesihatanLuar Negara

Pakar kata jika Deltacron mungkin hasil pencemaran makmal

PAKAR berkata semalam bahawa mutasi coronavirus hibrid yang didakwa digelar Deltacron dilaporkan ditemui di makmal Cyprus kemungkinan besar adalah hasil pencemaran makmal, dan bukan varian baharu yang membimbangkan.

Media Cyprus melaporkan penemuan itu pada hari Sabtu lalu, menyifatkan ia mempunyai ‘latar belakang genetik varian Delta bersama dengan beberapa mutasi Omicron’.

Walaupun terdapat kemungkinan untuk coronavirus bergabung secara genetik, namun perkara itu jarang berlaku, dan saintis yang menganalisis penemuan yang dipanggil Deltacron mengatakan ia tidak mungkin berlaku.

“Himpunan Deltacron di Cyprus yang dilaporkan oleh beberapa media besar menunjukkan dengan jelas berlakunya pencemaran,” kata Tom Peacock, ahli virologi dengan jabatan penyakit berjangkit di Imperial College London, melalui ciapan di Twitter.

Ketua Inisiatif Genom Covid-19 di Institut Wellcome Sanger, Britain, Jeffrey Barnett, mengatakan bahawa mutasi yang didakwa terletak pada bahagian genom yang terdedah kepada kesilapan dalam prosedur tertentu.

“Ini hampir pasti bukan rekombinan biologi bagi keturunan Delta dan Omicron,” katanya semalam.

Para saintis berusaha untuk memerangi penularan maklumat salah tentang Covid-19 yang kebanyakannya beredar dalam internet.

Terdahulu, laporan tidak sah mengenai virus ‘flurona’ atau ‘flurone’ yang telah tular iaitu gabungan selsema dan coronavirus yang telah ditolak oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

“Tolong jangan guna perkataan seperti Deltacron, flurona atau flurone.

“Kata-kata ini membayangkan gabungan virus atau varian dan ini tidak berlaku,” tulis ahli epidemiologi penyakit berjangkit di WHO, Maria Van Kerkhove di Twitter.

Menurut AFP, walaupun orang ramai boleh mengalami influenza dan coronavirus pada masa yang sama, kedua-dua virus itu tidak boleh digabungkan.

Berbeza dengan varian baharu Covid-19 seperti Omicron yang memberi kesan besar terhadap penularan wabak itu, kes jangkitan serentak selsema dan coronavirus bukanlah perkara baharu.

Sejak permulaan wabak itu, coronavirus telah menilbulkan berpuluh-puluh varian, empat daripadanya telah ditetapkan sebagai “variant of concern” oleh WHO iaitu Alpha, Beta, Delta dan Omicron. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button