Hiburan

Pakai dan buka tudung itu hak Nelydia Senrose

MULA-MULA Nelydia Senrose menceburi dunia lakonan, dia bukanlah artis yang bertudung. Para peminatnya sendiri tahu yang Nelydia tidak memakai tudung.

Namun lakonan yang dipaparkan oleh Nelydia menerusi drama-drama membuatkan ramai yang suka menonton lakonannya.

Nelydia bertemu jodoh dengan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada usia 24 tahun.

APRENA MANROSE

Selepas bersuami, sama ada Nelydia terus kekal bertudung atau tidak, hanya suaminya sahaja yang boleh menasihati sang isteri.

Jadi, apabila heboh orang bercerita, Nelydia buka tudung semasa bercuti, yang tampil mempertahankan tindakan Nelydia itu bukan suaminya sebaliknya sepupunya, Aprena Manrose.

Untuk makluman, Aprena Manrose ialah anak kepada Raja Dangdung suatu ketika dahulu, Iwan. Hasil perkahwinan dengan allahyarhamah Rosnah Mohd Nor.

Memang benar kata-kata Aprena, sebagai manusia biasa, Nelydia masih belajar tentang kehidupan.

Bagaimanapun, Aprena dalam catatannya di Instagram, sempat sekolahkan admin agar menulis berita yang lebih berfaedah.

Mungkin pada pandangan Aprena, tidak ada faedahnya menulis berita Nelydia buka tudung semasa bercuti.

“Biarlah dia pun manusia biasa juga, masih belajar. Kita ni yang tak belajar-belajar, tak habis-habis nak cepat menghukum sahaja,” kata Aprena yang mungkin merasakan dirinya cukup maksum.

Tidak berhenti di situ, Aprena menyambung dengan berkata, “Fikir dulu ya min (admin) sebelum nak buat cerita macam ini.

“Cari berita yang lebih membawa kea rah yang lebih baik adalah lebih bagus…ha gitu!”

Apabila Aprena sekolahkan admin atau penulis, teringat kisah silam penyanyi Shila Amzah.

Suatu ketika dahulu, di zaman popularitinya berada di kemuncak yang mana nama Shila Amzah meletop-letop termasuk di negara Republik Rakyat China, dia sekolahkan wartawan hiburan Malaysia.

Dalam dia memberi ajaran seperti Aprena, dia terkeluar kata-kata bahawa karier seninya mendapat liputan media China dan media berbahasa Melayu tidak membantu ke arah pertumbuhan karier nyanyiannya.

Sebelum nama Shila Amzah besar, dia bermula langkah sebagai penyanyi di Malaysia dengan nama Shila tekno dan hanya wartawan hiburan tempatan yang terhegeh-hegeh menulis membantu mempopularkan dia.

Hari ini, Shila Amzah masih dalam karier nyanyian di samping tugas dan tanggungjawab menjaga anak tunggalnya hasil perkahwinannya dahulu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button