Nasional

“Pakai Baju Melayu Siap Bertanjak,” Imej NC Unimas Di Nagoya Jepun Curi Tumpuan!

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi bersama delegasinya dilihat memakai baju Melayu siap bertanjak di Nagoya, Jepun.

Perkara itu dikongsikan Mohamad Kadim menerusi Facebook Vice Chancellor Universiti Malaysia Sarawak ketika menghadiri Gala Malam Anugerah di Nagoya Marriott Associa Hotel.

Dalam acara tersebut, Unimas disenarai pendek dalam 2 kategori seperti:

  1. Strategi Antarabangsa Tahun Ini melalui program UGHIPs – Penyelesaian yang melintasi Batasan Global oleh UNIMAS Global (UG) dan
  2. Tempat Kerja Terbaik Tahun Ini melalui Eudemonia & Kepuasan semasa COVID-19: Membina Ketahanan Antara Staf di UNIMAS oleh Pejabat Pendaftar.

“Walaupun Unimas tidak menang dalam dua kategori yang dicalonkan TIMES Higher Education Asia Awards 2022 (THE), mendapat tempat bersebelahan lapan universiti terbaik Asia sudah membukti Unimas antara yang terbaik.

“Tahniah kepada Pendaftar Unimas, Tuan Hj Azlan Ramli dan pasukannya serta Pengarah Unimas Global, Assoc Prof Dr Shanti Faridah Salleh serta pasukannya atas usaha keras, dedikasi dan kejayaan,” katanya.

Mohamad Kadim turut mengucapkan terima kasih kepada Pusat Perancangan Strategik, Kualiti dan Pengurusan Risiko yang diketuai oleh Pengarah, Prof Dr Tarmiji Masron atas koordinasi THE Asia Awards.

Namun di sebalik pencalonan ini, kebanggaan besar rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu, imej yang ditampilkan Mohamad Kadim bersama delegasi di luar negara.

Dalam majlis itu, Mohamad Kadim bersama delegasi dilihat beramah mesra dengan Presiden THE, Simone Dilena serta Ketua Pegawai Data THE, Duncan Ross.

Pada saat ramai generasi muda Melayu pudar dan hilang jati dirinya, pahlawan-pahlawan seperti kita bangkit untuk menunjukkan kebanggaan Melayu itu harus dipamerkan secara global, bukan peringkat kampung sahaja!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button