Negeri

Pengairan lebih cekap, tingkat pengeluaran padi di Perlis

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah merancang untuk menjalankan Projek Pembangunan Sistem Pengairan Tersier melibatkan 16 blok pengairan sawah padi di Negeri Perlis. Projek ini bertujuan bagi menyediakan rangkaian infrastruktur sistem pengairan yang lebih cekap dan efisyen dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi.

Tanaman padi di bawah seliaan MADA Negeri Perlis diuruskan melalui 23 blok pengairan di mana 7 blok pengairan tersebut telah dilengkapi dengan sistem pengairan peringkat tersier. Pada tahun 2022, sebanyak 2 Projek Pembangunan Sistem Pengairan Tersier sedang dijalankan di Negeri Perlis melibatkan kos sebanyak RM39.8 juta.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Pengurus Wilayah 1 MADA, Zairizal Zainon
kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ketika baginda berdua berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Erat Syawal MADA Wilayah 1’ yang diadakan di pejabatnya di Behor Temak, Kangar.

Hadir sama ialah Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli.

Tambah Zairizal, ‘Bagi tahun 2022 pula, pihak MADA telah merancang kerja-kerja penyelenggaraan dan pembangunan di kawasan MADA Wilayah 1 Perlis mengikut peruntukan yang telah disediakan untuk Kerja-kerja penyelenggaraan saluran air berkala dengan kos dianggarkan RM680 ribu; dan Kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan ladang, struktur kawalan dan ban dengan kos dianggarkan sebanyak RM1.5 juta’.

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button