Politik

P Ramasamy keluar, tinggalkan DAP

BEKAS Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang di era Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri, P Ramasamy akhirnya bertindak keluar dari DAP.

Pengumuman Ramasamy umpama habis madu, sepah dibuang, yang juga merupakan bekas Adun Perai di Pulau Pinang itu dibuat beberapa minggu selepas namanya digugurkan daripada barisan calon DAP untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.

Lusa ialah hari mengundi, 12 Ogos dan selain Pulau Pinang, PRN 2023 turut membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terenggau.

Terengganu turut mengadakan PRK Parlimen Kuala Terengganu pada hari yang sama.

“Saya menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Setiausaha Agung Loke Siew Fook pagi ini,” katanya pada sidang media di Butterworth.

“Saya membuat keputusan ini selepas banyak berfikir dan saya juga telah bercakap dengan rakan dan keluarga sebelum membuat keputusan ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button