Hiburan

Ozzy Osbourne rasa tenang ketika cuba bunuh isteri

PERIHAL melibatkan dadah dan Ozzy Osbourne bukanlah sesuat yang baharu bagi mereka yang mengikuti dunia muzik rock.

Malah, Osbourne yang sebelum ini merupakan vokalis bagi kumpulan Black Sabbath juga telah disingkirkan daripada kumpulan tersebut pada 1979 kerana masalah alkohol dan dadah.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa Osbourne pernah cuba membunuh isterinya, Sharon dan perbuatan itu dilakukan ketika dia sedang khayal dengan barang terlarang.

Bercerita mengenai insiden tersebut, Sharon memberitahu yang ketika itu dia baru sahaja menidurkan tiga orang anaknya iaitu Aimee, Kelly dan Jack.

“Kemudian saya duduk di sofa dan melihat Osbourne sedang duduk secara bertentangan dan merenung tajam ke arah saya.

“Waktu itu saya dapat merasakan bahawa itu bukanlah diri Osbourne yang sebenar,” katanya seperti dilaporkan The Sun.

Menurut Sharon lagi, Osboure ketika itu nampak sangat tenang dan sempat memberitahu yang dia ingin mengakhiri hidup isterinya.

Secara tiba-tiba, penyanyi itu telah menerkam Sharon hingga wanita itu terjatuh dan kemudian mencecik lehernya.

“Kejadian berlaku dengan sangat cepat dan saya pasti yang Osbourne pada ketika itu bertindak di luar kawalannya.

“Mujur saya ada butang kecemasan yang terus disambung ke balai polis berdekatan,” katanya yang menganggap insiden itu sebagai yang terburuk pernah dihadapinya sepanjang bersama Osbourne.

Sementara itu, Osbourne pula memberitahu yang pada waktu kejadian, jiwanya merasa begitu tenang.

“Saya tidak pernah rasa setenang itu dan saya cuma sedar bila sudah berada di penjara Amersham dan ketika itu saya berasa sangat hairan.

“Saya tanya polis apa salah saya dan mereka beritahu yang saya telah cuba membunuh isteri saya. Ketika itu baru saya tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Walaupun insiden itu sudah 31 tahun berlalu, Osbourne tetap merasakan malu dengan perkara itu dan merasakan bahawa tindakannya sangat keterlaluan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button