Nasional

Covid-19: Pekerja pulang dari Singapura dikuarantin di pusat hingga keputusan ujian keluar

PEKERJA yang pulang dari Singapura dan tidak menetap di Johor akan dikuarantin di pusat kuarantin sehingga mendapat keputusan ujian saringan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jika keputusan ujian saringan pekerja berkenaan negatif mereka akan dibenarkan pulang manakala mereka yang positif pula akan dirujuk ke hospital.

Sementara pekerja yang tinggal di Johor dibenarkan kuarantin di rumah masing-masing sehingga keputusan ujian saringan keluar.

“Pekerja Malaysian yang bekerja d Singapura selama 3 bulan berturut dan balik ke Malaysia untuk bercuti perlu melakukan ujian saringan dalam tempoh 24 jam tiba di Malaysia dan hanya dikuarantin sementara tunggu keputusan.

“Jika positif, akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan dan pemantauan. Jika negatif di kecualikan 14 hari kuarantin dan boleh bercuti pendek di rumah,” kata Dr. Adham kepada Suara Merdeka.


Bernama semalam melaporkan, satu kes positif koronavirus (Covid-19) direkodkan di bawah skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) perjalanan rentas sempadan Malaysia dan Singapura yang dilaksanakan sejak 17 Ogos lepas

Dr. Adham berkata, individu yang disahkan positif itu merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 35 tahun dan bekerja di Singapura, yang pulang ke negara ini di bawah skim PCA pada 29 Ogos lepas.

Dr Adham berkata, lelaki terbabit yang tidak bergejala didapati positif Covid-19 pada 2 September, telah dimasukkan ke sebuah hospital di negeri ini dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, sejak 17 Ogos hingga hari ini, seramai 2,647 individu di bawah PCA dan 815 bagi RGL direkodkan memasuki negara ini dari Singapura.

Sementara itu menurut Dr. Adham, bagi skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), tiada kes dilaporkan berlaku setakat ini.

Pelaksanaan Skim RGL dan PCA bertujuan menangani keperluan kumpulan berbeza yang melakukan perjalanan rentas sempadan di antara Malaysia dan Singapura.-SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button