Nasionalpilihan

Orang ramai gagal memanfaatkan kod QR Prih@tinJkmMelaka

Orang ramai tidak peka guna kod QR Prih@tinJkmMelaka membolehkan sebarang aduan dan masalah dibuat terus secara dalam talian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Noordin berkata, sejak inisiatif itu diperkenalkan oleh JKM Mei lalu, tidak banyak aduan dikemukakan orang ramai melalui kaedah tersebut.

Beliau berkata, jika orang ramai atau penerima bantuan JKM menyalurkan sebarang masalah atau aduan melalui kod QR Prih@tinJkmMelaka semua aduan dapat diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.

“Sejak kod ini dilancarkan ia belum mencapai tahap memberangsangkan kerana orang ramai masih tidak peka untuk menggunakannya.

“Mereka ini masih tidak dapat menerima kaedah yang diperkenalkan oleh JKM ke arah digital kerana ini lebih memudahkan urusan mereka tanpa perlu datang ke pejabat JKM,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada program Hari Bertemu Rakyat (Open Day) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Kalsom berkata, cara untuk menyalurkan sebarang aduan adalah mudah mereka hanya perlu mengimbas kod QR yang boleh didapati di laman sosial Facebook JKM Melaka.

Justeru katanya, JKM akan mempertingkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk menggunakan kod QR untuk mengemukakan sebarang aduan atau masalah tanpa perlu datang ke pejabat agensi itu.

Katanya, ini sebenarnya memudahkan mereka jika ingin membuat semakan permohonan bantuan JKM dan sebagainya dengan hanya perlu mengimbas kod tersebut dan jawapan akan diketahui dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja.

Ditanya mengenai saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh untuk menyelesaikan semua ada rakyat dalam tempoh dua minggu Kalsom berkata, pihaknya memberi jaminan akan menyelesaikannya seperti yang diarahkan.

“Kita tidak ada masalah untuk menyelesaikan segala aduan yang dibuat oleh orang ramai secepat mungkin atau selewat-lewatnya dalam tempoh duaminggu,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button