Nasional

Orang melayu hebat dalam peradaban dan ketamadunan

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Institut Peradaban Melayu (IPM) menganjurkan Persidangan Rumpun Melayu Sedunia (RUMIA) yang mengumpulkan pakar-pakar rujuk peradaban bangsa Melayu berkongsi pendapat melalui forum ilmiah serta pameran berkaitan kebudayaan, kesenian Melayu menerusi Karnival Kearifan Lokal semalam sehingga hari ini 29 November.

Alimuddin (dua dari kanan) menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan RUMIA sambil disaksikan Md AMin (empat dari kiri) di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI Tanjung Malim.

Menurut Pro- Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata bangsa Melayu melakar sejarah yang panjang dalam perjalanan ketamadunan bangsanya yang tidak boleh disangkal lagi.

“Melalui sejarah yang sudah tercatat dalam manuskrip-manuskrip dalam arkib perpustakaan negara mahupun luar negara membuktikan bahawa bangsa Melayu bukan sahaja hebat dalam bidang diplomatik, malah mampu membentuk sebuah kerajaan kuat dan disegani suatu ketika dahulu.

Alimuddin mencuba selendang yang disarungkan oleh salah seorang peserta pameran reruai Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI semasa berlangsung Persidangan RUMIA di Tanjung Malim.

“Namun, bangsa Melayu juga terkenal dalam bidang persenjataan, perubatan, perdagangan, kesenian dan sebagainya yang didalamnya penuh dengan falsafah yang tersendiri,” jelas Alimuddin ketika berucap merasmikan persidangan yang dihadiri lebih 500 peserta.

Menurutnya lagi, falsafah-falsafah ini juga melambangkan pemikiran rumpun Melayu yang unik dan pelbagai kerana bangsa Melayu bukan sahaja mendiami negara kita, Malaysia tetapi juga di Indonesia, Brunei, Singapura, sebahagian Tahiland dan Filipina serta beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Kemboja, Vietnam, Laos dan Myanmar.

Sultan Idris Training College (SITC) pada tanggal 29 November 1922, menjadi institusi penting yang diilhamkan oleh Raja-raja Melayu – Md Amin.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam Ucapan ulungnya ulungnya mengajak hadirin untuk mengenang kembali perjuangan institut pendidikan terulung tersebut yang menginjak usianya 100 tahun iaitu ditubuhkan sebagai Sultan Idris Training College (SITC) tanggal 29 November 1922, menjadi institusi penting yang diilhamkan oleh Raja-raja Melayu ketika itu iaitu Sultan Negeri Perak, Sultan Negeri Pahang, Sultan Negeri Selangor dan juga dan juga Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk melahirkan barisan pendidik yang mengemudi pemikiran bangsa Melayu suatu ketika dahulu.

Melayu hebat dalam bidang diplomatik sehingga mampu membentuk sebuah kerajaan kuat dan disegani suatu ketika dahulu – Alimuddin.

“Bumi Muallim dipilih kerana lokasinya yang terletak hampir dengan keempat-empat buah negeri ini (Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan), lengkap dengan kemudahan pengangkutan keretapi bagi memudahkan anak-anak dari seluruh nusantara untuk datang melanjutkan pengajian.

“Terkenal sebagai bumi pahlawan kemerdekaan, melahirkan ramai nasionalis dan pendidik anak bangsa seluruh pelosok negara baik di rumpun Brunei dan Singapura dengan nama-nama seperti Zainal Abidin Ahmad atau Za’ ba sebagai cendekiawan bahasa, Tun Ghafar Baba dan Ibrahim Yaacob yang merencana pembebasan negara daripada cengkaman penjajah menerusi gerakan Kesatuan Melayu Muda,” jelasnya.

Alimuddin ( tengah) bergambar kenangan bersama tetamu dan peserta RUMIA di Dewan SITC, Kampus Sultan Azlan Shah.

Persidangan RUMIA dan Karnival Kearifan Lokal turut menampilkan ucaptama ‘Bahasa Melayu Bahasa Dunia’ oleh Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Prof Datuk Dr. Awang Sariyan ;Pengajian Peradaban Melayu di Jerman, oleh Profesor Dr. Arndt Graf, Universiti Goethe Frankfurt, ;Pemerkasaan Bidang Peradaban Melayu Di Indonesia oleh Profesor Madya Dr. Haji Abdul Malik dan Strategi Pemerkasaan Peradaban Melayu di Persada Dunia oleh Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) (Malaysia).

Majlis diserikan persembahan kebudayaan seperti Seni Silat Muzik Asli, Dikir Barat, Muzik Gamelan, Rebana Perak, Persembahan Tradisional Bengkalis Indonesia, masyarakat Melayu Siam, serta forum dan pameran busana Rumpun Melayu, Kadazan Dusun, pameran kain tenun dan makanana tradisional Bengkalis Indonesia, pameran Etnologi Dunia Melayu dari Jabatan Muzium Malaysia, pameran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Muzium Layang-layang Pasir Gudang, Johor serta demostrasi masakan tradisional dodol dan kraftangan Melayu seperti tekatan, ukiran kayu, seramik, tikar mengkuang dan tengkolok. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button