Nasional

Perkhidmatan awam adalah tonggak negara – Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penjawat awam mengubah minda mereka dalam cara mereka beroperasi.

Beliau berkata ini penting kerana pentadbiran awam adalah tonggak negara, menegakkan sistemnya, melalui undang-undang dan peraturan.

“Sokongan anda tidak semestinya mengikut garis politik, tetapi mengikut garis perkhidmatan.

“Saya ambil tahu pengalaman penjawat awam. Sebelum saya membuat sebarang keputusan, saya akan hadam maklumat yang diberikan berdasarkan pengalaman mereka di kementerian,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada perhimpunan bulanan kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra di sini pagi ini. -SM

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button