Nasional

Operasi hospital medan Malaysia di Cox’s Bazar ditamatkan

Pengoperasian Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh, telah ditamatkan sejak Mac lepas, susulan penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil sebagai langkah pencegahan daripada wabak itu.

“Operasi Hospital Medan Malaysia telah ditamatkan dan 56 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil pulang kerana COVID-19 melanda negara itu,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.

Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar mula beroperasi akhir 2017 selepas berlakunya kebanjiran lebih 700,000 pelarian Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh akibat kekejaman tentera Myanmar di utara Rakhine.

Sebelum ini, Bernama melaporkan tiada lagi pasukan ATM akan dihantar bertugas di Hospital Medan Malaysia itu berikutan penularan wabak itu. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button