NegeriRencah Hidup

Onsoi minyak masak sawit dalam paket plastik lebih murah

Kilang di Keningau buka peluang pekerjaan penduduk daerah

MENGAMBIL kesempatan atau sebagai oportunis perlu jangkaan masa yang tepat. Rakyat Sabah bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan individu yang cekap akan melihat ruang untuk mengetengahkan produk yang dihasilkan.

Apatah lagi, produk itu menjadi perhatian Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apadal.

Rakyat Sabah selepas ini sudah boleh menggunakan minyak masak jenama tempatan, dihasilkan oleh Kerajaan Sabah iaitu Onsoi.

Memetik laporan portal BORNEOTODAY.NET, kilang memproses minyak masak tersebut terletak di Keningau yang dijadikan tanda aras, adanya satu lagi produk yang dihasilkan oleh industri hiliran sawit.

Onsoi bukan produk minyak masak yang biasa-biasa sebaliknya pembukaan kilang pemprosesan di Keningau turut mencipta peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, masyarakat setempat.

Itu sepatutnya berlaku kerana kilang itu adalah pembuka peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.

Sebagai rekod, kilang berkenaan dibawah tanggungjawab Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) yang sebelum ini, hasil yang dikeluarkan ialah beras dengan jenama Sebaras.

Dalam erti kata lain, minyak masak sawit Onsoi adalah produk keluaran kedua (tulang belakang) selepas beras jenama Sabaras.

Seperti mana yang dijangkakan, kilang pemprosesan minyak masak sawit Onsoi dan beras jenama Sabaras dirasmi pembukaannya oleh Mohd. Shafie kerana ilham datangnya daripada beliau.

Ilham untuk membina kilang minyak masak juga dikatakan datangnya dari agensi kerajaan negeri.

Kata Mohd. Shafie, di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak di daerah tertentu misalnya di Tawau dan di Sandakan, di Keningau juga diciptakan peluang pekerjaan ini.

Ini kerana di Keningau, jelas Mohd. Shafie lagi, ladang kelapa sawit di situ adalah yang terbesar dan kalau suaha sebegini dapat membantu anak-anak tempatan, diciptakan peluang pekerjaan untuk mereka maka daerah itu akan dapat dibangunkan lagi.

Minyak masak Onsoi dipasarkan dalam pakej plastik dan botol bersaiz 1 kilogram dan dijual pada harga serendah RM2.50 sehingga RM5.

Manakala tumpuan pemasarannya ialah di kawasan-kawasan luar bandar yang mana rata-rata penduduknya suka membeli dan menggunakan minyak dalam plastik disebabkan oleh harganya yang lebih rendah berbanding dengan minyak di dalam botol.

Adalah menjadi hasrat Mohd. Shafie untuk melihat apa yang diilhamkannya itu dapat dikembangkan menjadi industri.

“Kita akan lihat dari segi permintaan. Kita tidak mahu nanti berlakunya lebihan pengeluaran  kerana apabila kita menembusi pasaran, kita kena pastikan pasaran terlebih dahulu.

“Seterusnya, jika pasaran cukup baik maka kita akan mula tingkatkan pengeluarannya dari segi jumlah kilang yang ada,” kata Mohd. Shafie. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button