One Juicy cabar diri menjadi penyanyi dari lantai tari
DARI seorang penari kini One Juicy berani cabar diri ke menjadi seorang penyanyi dengan mengeluarkan single pertamanya berjudul ‘Kibar’.
Dalam majlis pelancaran single terbarunya semalam bertempat di Jio Space Petaling Jaya, penyanyi bersuara husky itu mendedangkan 3 buah lagu.
‘Kibar’, yang merupakan sebuah lagu dengan tema kebangkitan dan kecekalan, telah mendapat perhatian ramai sebelum ini, dan kini telah dilancarkan secara rasmi bersama video muziknya yang telah membuat penggambaran di sekitar kawasan ikonik di Kuala Lumpur.
Lagu ini adalah hasil usaha kolaboratif, yang dicipta dan ditulis oleh John Jeeves, Shazriq Azeman, Omar K, dan One Juicy sendiri, di bawah produksi Super Red Records.
Menurut penyanyi itu, single terbaru ini sangat istimewa di hatinya kerana ‘Kibar’ ini melambangkan dirinya untuk terus terbang tinggi.
‘’Walaupun single ‘Kibar’ dilancarkan pada Ogos, tapi tidak bermaksud ia untuk merdeka sahaja, single ini untuk sesiapa sahaja untuk terus bangkit dari hidup.
‘’Lagu ini adalah cerminan perjalanan hidup saya, daripada seorang penari b-boy kepada seorang penyanyi. Ia melambangkan kecekalan dan semangat untuk terus maju walau apapun cabaran yang datang. Saya berharap ‘Kibar’ akan menjadi inspirasi kepada semua yang mendengarnya.’’ ujarya.
Pelancaran single ‘Kibar’ dan video muziknya telah menambahkan lagi rasa keterujaan dan memberi harapan yang besar kepada perjalanan seni One Juicy. Dengan sentuhan kreativiti dan semangat yang dibawa dalam ‘Kibar’, One Juicy bersedia untuk meneroka lebih banyak peluang dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik Malaysia.
“Kibar” kini sedia untuk distrim dan dimuat turun di semua platform muzik digital utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music, di pautan https://bfan.link/kibar dan video muzik “Kibar” boleh ditonton di pautan https://youtu.be/sYBDC930Pu0.
Artikle Berkaitan :>
Taruhan single terbaru, Kejora dari Hael Husaiani