Hiburan

Nyayian sumbang, Aufahanie akui dirinya layak dikecam

RAMAI yang tidak begitu kenal dengan nama Aufahanie iaitu seorang penyanyi baharu dalam industri muzik tempatan.

Namun, nama tersebut secara tiba-tiba menjadi tular di laman sosial bukan kerana kemampuan vokalnya, tetapi kerana sumbangnya cara nyanyian gadis berusia 17 tahun itu.

Aufahanie baru-baru ini menyertai rancangan Vokal Mania yang disiarkan di TV3 dan dia perlu menyanyi bersama Indah Ruhaila.

Mungkin kerana terlalu ingin menunjukkan kemampuan vokal, cara nyanyiannya telah terganggu pada malam itu sehingga sumbang dan mendapat kritikan netizen.

Aufahanie berkata, dia sedar dan membaca kritikan netizen terhadap cara nyanyiannya pada malam tersebut.

“Saya anggap kritikan netizen itu sebagai pembakar semangat buat saya untuk bergelar seorang penyanyi.

“Apabila baca komen-komen netizen, saya terima kerana sedar persembahan pada malam itu tak berapa bagus. Saya memang layak dikecam.

“Namun ramai juga yang mesej saya dan cakap mungkin malam tu saya gugup dan alhamdulillah masih ada yang boleh terima,” katanya.

Menurut Aufahanie, masalah teknikal dan gugup kerana pertama kali membuat persembahan di atas pentas antara yang menjadi punca cara nyanyiannya terganggu pada malam itu.

Menceritakan lebih lanjut tentang persembahan pada malam berkenaan, Aufahanie memberitahu terdapat masalah teknikal yang berlaku terhadap alat bantuan pendengaran (earpiece) yang dipakai.

“Suara saya tiba-tiba tenggelam dengan susukan muzik yang sangat kuat dan nyanyiannya seolah-olah seperti berlawan dengan arrangement yang ditetapkan.

“Ini merupakan pertama kali saya beraksi dalam pertandingan di atas sebuah pentas yang besar. Apabila jadi masalah seperti ini saya tidak pandai untuk kawal sehingga panik dan gugup yang sangat teruk,” jelasnya.

Ujarnya, untuk mengatasi kelemahan yang ada dia akan menyertai kelas vokal bagi mengatasi segala kelemahan dalam usaha untuk menjadi seorang penyanyi. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button