Parlimen

Tun M, MP Pejuang ‘reserve’ untuk sokong atau tidak Belanjawan 2021

AHLI Parlimen Langkawi Tun Dr. Mahathir Mohamad serta ahli Parlimen Pejuang mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sama ada menyokong atau tidak Belanjawan 2021.

Bekas perdana menteri berkata, beliau berharap cadangannya untuk Belanjawan 2021 akan diterima.

“Saya reserve diri saya dan parti saya untuk menyokong atau tidak Belanjawan 2021 Kerajaan Perikatan Nasional ini.

“Saya harap cadangan yang bernas oleh dewan ini diberi tempat dalam Belanjawan 2021.” kata Dr. Mahathir dalam Perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, negara tidak memerlukan perlu belanjawan yang besar berjumlah RM322.5 billion.

Dr. Mahathir berkata, ada perbelanjaan yang boleh ditangguh sementara negara berbelanja untuk melawan COVID-19 dan kemerosotan ekonomi.

“Umpamanya Kabinet terlalu besar. Ramai yang dilantik jadi Menteri, Timbalan Menteri, bertaraf Menteri tetapi mereka tidak dapat bekerja pun kerana wabak.

“Kita boleh kurangkan jumlah mereka tanpa jejaskan perjalanan pemerintahan,” jelas Dr. Mahathir.

Tambah beliau, ada jabatan mendapat peruntukan yang dinaikkan sehingga 520 peratus.

Katanya, pembinaan termasuk pembangunan penjabat dengan kos RM160 juta, Bangunan Pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di seberang laut bernilai RM160 juta dan Pejabat Kementerian Dalam Negeri bernilai RM231 juta boleh ditangguhkan.

“Peruntukan Jabatan Perdana Menteri dinaikkan dari RM7.9 billion pada 2020 kepada RM11.7 billion, RM 1 billion dari RM100 million untuk Projek Khas.

“Apa perlunya membelanja RM 125 juta bagi Kompleks Angkasapuri. Kita perlu tangguh projek ini.

“Ingatlah, kita perlu bayar hutang sebanyak RM39 billion, hutang yang diambil oleh Kerajaan kleptokrat dahulu. Kebanyakan hutang ini sudah hilang sama sekali kerana tidak dilabur,” kata Dr. Mahathir.

Bekas perdana menteri itu bimbang bagaimana kerajaan mahu membiayai Belanjawan 2021 yang besar tanpa sebarang cukai baharu untuk membiayai sebahagian kos belanjawan.

“Biasanya di penghujung ucapan belanjawan akan disebut cukai yang akan diperkenal untuk membiayai sebahagian dari kos belanjawan.

“Tetapi kali ini tidak ada cukai baru yang akan dipikul oleh rakyat. Dalam masa wabak COVID-19 ekonomi sudah merosot teruk. Tentulah pendapatan Kerajaan juga merosot. Belanjawan ini tentulah alami defisit. Tetapi Kerajaan seolah tidak ambil berat defisit ini.

“Tak cukup duit, terpaksalah Kerajaan hutang. Jumlah hutang Kerajaan akan meningkat kepada 1.3 trillion Ringgit. Jikalau kita hutang untuk bayar hutang, ia tidak akan mengurang jumlah hutang,” kata Dr. Mahathir.-SM

 

 

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button